TenTaNg Aku!!

My photo
aku adalah aku..aku bukan kau..kau bukan aku..sooo layaaaannnn..

Saya SAYANG Kawan Saya:-

.::BloG TaBikaku::.

TABIKA KEM TERENDAK
meyh la singgah

-PercintaanJarakJauh-


huhhh..aku kat sini..die kat sana..die kat utara..aku kat selatan..aku kat melaka die kat kedah..huhu..dulu aku langsung tak tau ape tu PJJ..sengal kn..tapi skunk aku da tau..aku da rase..sekse..cam lagu Ukays tu..hmmm..bleyh ke aku tahan???

skunk aku ngan die makin jauh..jauh sangat..huhhh..sampai nak mesej pon aku da tak tau nak cakap ape..langsung tak de idea..padahal macam2 aku nak kongsi..macam2 aku nak cerite..tapi aku tak tau nak start kat mane..lagi pon die asik sebok..aku dapat mesej time malam..tu pon da ujung2 waktu..time mate da ngantuk baru die ade mase tuk aku..ke aku je yang emo sangat??ke die da berubah???ke memang die bizi??hmmm..

kekadang bende yang kecik pon bleyh wat ati aku kecik..hehhh ape la..da2..tak de mase nak layan emo nieyh..kang lagi di layan lagi lain jadi nye..jom layan tips yang aku jumpe nieyh..hehehehe..

Tips Die Ialah :

1. Jelas dengan Harapan dan Batasan
Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus
mempunyai harapan dan batasan. Pada Julai 2007, Zaki terpaksa berpindah
ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran sebagai pengurus di sebuah
syarikat swasta dengan gaji RM72 ribu setahun. Teman wanitanya,
Khatijah tidak boleh turut serta kerana mempunyai komitmen kerja di
Johor Bahru dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga
dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak
jauh mereka, Zaki dan Khatijah membuat perjanjian untuk telefon at
least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka
berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan
jantina kerana apabila berjauhan, hati vulnerable dengan perhatian yang
diberi orang lain. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba
untuk berjumpa. Jadi dengan mengenalpasti harapan dan batasan, pasangan
akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika
berjauhan.
2. Menghargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat
dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali
perasaan rindu begitu kuat sekali tetapi jika rindu itu perlu diratap
sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda
sendiri, bukankah tidak wajar begitu? Ketika berjauhan daripada
pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang
dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton
bola hingga lewat pagi. Johan yang berjauhan dengan teman wanitanya,
dia sering menghabiskan masa dengan X-box kerana dia tahu ketika dia
bersama dengan Hanim, X-box perlu disimpan dahulu. Menghargai kebebasan
ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang
individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen
anda terhadap perhubungan.
3. Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam,
inilah masanya untuk intim dengan pasanganmu. Walaupun berada jauh
antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi
penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan
menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel.
Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat
itu. “Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang
muka Ina. Tapi Ina suka tengok Abang malu-malu.” Luahkan apa yang
terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata
mampu memanah jiwa, memupuk asmara.
4. Pancawarnakan Kehidupanmu
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks
atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau abang ada di rumah
sekarang, sayang nak buat apa pada abang?” Dengan berkongsi fantasi dan
keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang
mengujakan! Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik
atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau
hadiah. Ketika pulang dari kerja, Zeti menjerit suka apabila terlihat
sebuah bungkusan diterima daripada buah hatinya di Sarawak yang
mengandungi sepasang baju dengan nota, “Aku merinduimu”.
5. Percayalah….
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam
melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya
hanya akan merosakkan perhubungan. Apabila menelefon Din, Farah selalu
merengek kenapa mereka terpaksa berpisah dan betapa sukarnya
perhubungan jarak jauh. Daripada merungut tentang kesukaran apabila
berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa
aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positivity agar
anda tidak bosan walaupun berjauhan.
Secara ringkasnya,
bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang
memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi
faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan
jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha
untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan.

notadikakiblog->Apa kate korunk??korunk penah rase or korunk nga rase??same ke???

6 comments:

Leyha said...

pasal PJJ cinta nie.. dha rasa.. malah ngah merasa g.. bila lagi berbeza komitmen..

paling penting percaya ler.. jan salah satu pasangan tu kata percaya juz kat bibir jer. tapi aty meluap2 cemburu... huhuhu...

dha tu contek pown susah...

SwEetForEst said...

leha->hmmm..btol2..kadang2 ade gak pk btol ke caya kat die..hehehe..

tah la..tawakal je la an.. ^__^

pina said...

baru merase PJJ nih...tp aku x r jauh cm ko utara selatan..tp kire jauh gak la...huhuhu....

wahhh....xyah ckp la cemburu tuh mmg de... sme r cm ko da ujung2 wktu bru pat msg...da kje pg blik mlm..mne x nye..hukhukhuk...

mcm2 dugaan dok jejauh nih..

SwEetForEst said...

pina->wahhh..sape die di ati tuh???


ku kenal ke??


^___^


tu la..

kne banyak kn bersabo je kn..

pina said...

huhuhu....ade la org tuuuttttt!!!

btol2x...kne bnyk besabo je lahh...

SwEetForEst said...

pina->hehehe..


pandai dok rasia..

^__^

moge bahagia yer..

Total Pageviews