TenTaNg Aku!!

My photo
aku adalah aku..aku bukan kau..kau bukan aku..sooo layaaaannnn..

Saya SAYANG Kawan Saya:-

.::BloG TaBikaku::.

TABIKA KEM TERENDAK
meyh la singgah

Hasrat Izwan Pilus tak sampai


JASIN: Hasrat penyanyi dan pengacara Kembali Senyum, Khairil Izwan Pilus, 33, untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang penyiaran tidak kesampaian selepas ajal menjemputnya, lewat petang kelmarin.
Ibunya, Normah Abdullah, 54, berkata, anak keduanya sebelum ini mencari-cari pusat pengajian sesuai untuk melanjutkan pelajaran.

Namun katanya, Allah lebih menyayanginya dan perancangan itu tidak sempat dilaksanakan.


“Itu antara perancangan arwah untuk menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi walaupun mempunyai segulung ijazah (Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan, Universiti Utara Malaysia).

“Selain itu, arwah menyatakan mahu berjaya dalam kerjaya sebagai penyanyi dan pengacara,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengebumian Allahyarham Izwan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam, Nyalas, dekat sini, semalam.




Jenazahnya selamat dikebumikan jam 11 pagi semalam dengan bacaan talkin dilafazkan Imam Dua Masjid Nurul Huda, Mohamad Nor Bachik.

Turut bersama pengebumian itu, bapanya, Pilus Mohd Jani, 56, kakaknya, Khirul Aida, adiknya juga penyanyi Khairil Azam atau Aril dan adik bongsunya Nurul Nabila.


Semalam Harian Metro melaporkan, Izwan Pilus disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang, Pandan Mewah, di sini, jam 6.15 petang, kelmarin.

Izwan dimasukkan ke hospital berkenaan jam 12.30 tengah malam kelmarin selepas demam kuning.


Hospital mengesahkan Izwan meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan kuman dalam darah (Sepsis) yang serius.


Normah berkata, anaknya suka mengambil berat terhadap keluarga dan sangat manja serta kuat semangat walaupun berperwatakan pendiam.


“Arwah anak yang baik dan tidak melupakan tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya,” katanya.


Lebih 500 orang keluarga, saudara-mara, rakan artis serta peminat menziarahi jenazah di rumah keluarganya di Taman Nyalas Permai, di sini, dan majlis pengebumian.


Antara artis yang hadir, Maya, Ida Muin, Hakim (AF7), Amar Anak Wayang dan Hafiz AF7.


Sementara itu, Aril berkata, Allahyarham sempat berpesan kepadanya supaya menjaga ibu bapa mereka.


Katanya, dia masih teringat saat dimarahi abangnya pada minggu lalu kerana tidak tahu melipat baju.


“Tiga minggu lalu ketika di rumah (di Ampang), arwah marah saya kerana menyatakan saya tidak pandai melipat baju sambil berkata ‘nak tunggu aku mati ke baru nak belajar lipat baju?’ “Saya tak sangka arwah dah pergi. Masih teringat lagi abang menyatakan yang dia sayangkan saya serta meminta menjaga ibu dan ayah,” katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui, semalam.


Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia Ketujuh (AF7) itu berkata, abangnya suka membantu keluarga jika mereka dalam kesusahan dan turut pandai menguruskan hal mereka.


“Kami baru merancang menghasilkan sebuah single dengan berduet bersama, tetapi ia tidak kesampaian,” katanya.





sumber : myMetro

0 comments:

Total Pageviews