TenTaNg Aku!!

My photo
aku adalah aku..aku bukan kau..kau bukan aku..sooo layaaaannnn..

Saya SAYANG Kawan Saya:-

.::BloG TaBikaku::.

TABIKA KEM TERENDAK
meyh la singgah

INFINITY DOWNLINE " LUBUK DUIT facebook / internet "

salam...kalau masih xpaham mengenai INFINITY DOWNLINE...jom tengok ni dlu...

PERSOALAN TENTANG INFINITY DOWNLINE


"ADAKAH INFINITYDOWNLINE HALAL DI MALAYSIA... (PART 2)"

Salam..sekadar perkongsian..artikel ini sy ambil dari Ustaz Ahmad Syukri mengenai halal haram infinity downline…



“Kepada semua pembaca saya saya doakan semoga sihat. Saya sering diajukan pertanyaan berhubung dengan isu pelaburan. Saya ada juga membaca tulisan Zaharuddin, tetapi banyak yang kurang tepat, barang kali disebabkan beliau hanya menuntut di Jordan sahaja. Semasa saya menuntut di Al-Azhar 1995-2000, saya melihat isu ini telah di bincangkan di akhbar sebelum pelaburan sebegini berkembang di Malaysia, secara umumnya tida ada apa2 masalah, akan tetapi apabila ramai di kalangan para ustaz menceburi dunia perniagaan saya terpanggil untuk menjawab sekaligus menyanggah pandangan serong berkenaan dengan pelaburan internet. Saya juga melihat Zaharuddin berusaha mengumpulkan berbagai koleksi di laman web sebagai salah satu unsur perniagaan dan tarikan, agar hujah beliau disokong. Maka di sini saya kemukakan soal jawab moga-moga pembaca akan merasa tenang sekian wassalam.”



SOAL JAWAB AGAMA BERHUBUNG INTERNET.



Apakah hukum pelaburan menerusi internet?



Jawapanya: Hukum perlaburan menerusi internet adalah sah di sisi Islam dan ianya sama juga dengan alat-alat komunikasi yang lain seperti telefon dan sebagainya. Ini berdasarkan beberapa dalil dari hadis nabi yang menyatakan bahawa pada satu saat nanti akan datang satu perubahan iaitu “ sesuatu yang jauh akan menjadi dekat. Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah sudah mengetahui perubahan zaman. Perubahan ini sekaligus menunjukan bahawa Islam akan berkembang dengan pesat beserta teknologi yang semakin canggih. Rasulullah sendiri dalam mencapai kejayaan sebagai seorang peniaga berjaya menembusi pasaran dunia sehingga ke Syria dengan membawa barang dagangan Siti Khadijah. Mengikut hukum aqal adalah suatu yang mustahil mereka yang tidak mempunyai ekonomi yang kukuh dapat sampai ke sana. Apabila zaman berlalu orang menggunakan surat menyurat untuk berurus niaga sehingga ke abad ke 17 terciptanya kertas, alat tulis, mesin taip dan sebagainya. Seterusnya zaman berubah sehingga abad ke 18 terciptanya mesin telefon untuk berhubung dengan jarak yang terhad dan mereka menggunakan alat tersebut untuk berurus niaga. Setelah itu muncul pula faxs pada masa itu ia merupakan sumber maklumat yang sangat canggih yang boleh sampai ke penerima dengan beberapa saat dan di gunakan sehingga ke hari ini. Kemudian muncul pula telefon bimbit tanpa wayar serba guna yang boleh menghubungkan manusia melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan cepat dan pantas dan akhirnya muncul pula satu teknologi yang canggih menggunakan satelit iaitu internet untuk menghubungkan dunia luar sama ada urusan peribadi, perniagaan dan sebagainya. Oleh yang demikian hukum pelaburan menggunakan internet adalah sah sekaligus sebagai sangghan terhadap Dr Asri, Mufti Perlis, Wassalam



Benarkan perniagaan di internet tidak jelas?



Jawapan: Tidak semua perniagaan di internet tidak jelas, bagi saya yang melihat sebahagian daripada lama web ia serba sedikit ada menyatakan jenis perniagaan. Kadang-kadang terdapat juga sebahagian laman web menyebut secara jelas semua bentuk perniagaan dan sebahagian tidak kerana sebab tertentu seperti soal keselamatan yang sangat sulit dan sebagainya. Penjelasan dan bentuk perniagaan tidak perlu secara tadqiq atau terperinci , cukup sekadar apakah jenis perniagaan yang di usahakan sebagai contoh, minyak, gas, projek, pertukaran mata wang, pembinaan bangunan, bahan-bahan mentah dan sebagainya. Walaubagaimana pun sikap berhati dan waspada perlu ada agar perniagaan seperti judi , arak tidak wujud . Seandainya ada yang mempertikaikan persoalan ini terlalu terperinci maka bagaimana pula halnya bank-bank di Malaysia yang tidak menyatakan bentuk perniagaan. Bahkan ada yang menyimpan sehingga berpuluh-puluh tahun apabila di tanya apakah jenis perniagaan bank, sudah pasti jawapanya, tak tahu?

Apakah hukum perniagaan yang tidak dapat di lihat seperti di telefon dan apakah pelaburan di internet tergolong dari pelaburan yang ghaib?



Jawapanya: Hukum jual barang atau perniagaan yang ghaib dari majlis jual beli atau jual barang yang tidak dapat di lihat menurut pendapat ulama’ Mazhab Hanafi adalah sah , walaupun tidak dapat di lihat dan tidak dinyatakan sifat-sifat barang itu. Dalam kes ini pembeli mempunyai hak khiyar ( hak pilihan ) apabila melihat barang jual yang di jual ( atau di laman web yang tertera ). Di sisi ulama’ mazhab Maliki kontrak jualan ini sah kerana ia merupakan gharar yang kecil , Ini berdasarkan hadis nabi ertinya “ Sesiapa membeli suatu tanpa melihatnya, maka dia mempunyai hak khiyar apabila melihatnya â€. Manakala Mazhab Syafei menurut pendapat yang lebih zahir di sisi mereka dan juga pendapat al-Ibadhiah tidak sah secara mutlak jualan barang yang ghaib atau yang tidak dapat di lihat oleh pembeli atau penjual kontrak jualan ini tidak sah. Dalam hal ini pelaburan di internet termasuk salah satu pelaburan atau jualan yang dapat di lihat melalui skrin komputer dan bukan pelaburan yang ghaib , yang tidak dapat di lihat , oleh itu pembeli atau pelabur mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan atau pun tidak.


Apakah pelaburan internet mempunyai aqad dan ijab qabul ?

Jawapannya: Pelaburan menerusi internet sama juga dengan yang lain, ia juga mempunyai aqad iaitu persetujuan antara kedua-dua belah pihak, akan tetapi ijab dan qabul boleh juga di pakai apabila kita menyerahkan wang pelaburan seperti katanya :“Saya Muhamad bin Ali menerima wang daripada Hassan bin Senin sebagai pelabur di dalam AL-ARABIC sebanyak RM 3,800 tunai “ Menurut pandangan seperti berikut :“ Para ulamak mengatakan persoalan aqad atau kontrak di anggap sah walaupun tanpa ijab qabul, kontrak yang tidak di lakukan dengan tiada lafaz di sebut al-aqad al-mu’atah iaitu kontrak yang tidak di lakukan dengan perkataan atau lafaz, tetapi dengan perbuatan dua pihak, iaitu dengan tukar menukar, persetujuan dan kerelaan. Dalam kes ini seperti kita membeli air minum kemudian memasukan siling ke dalam mesin padahal tiada lafaz ijab dan qabul adalah sah, perkara ini juga sama dalam kes sewaan, apabila kita parking kereta selama 2 jam kita akan membayar RM4 di mesin tanpa lafaz ijab qabul. Para ulama menyatakan kontrak atau perjanjian dengan telefon, surat menyurat [ dan pada zaman sekarang internet ] adalah sah walaupun mereka tidak ada pada “ satu majlis “. Para ulama menyatakan yang di maksudkan “ bersatu majlis “ bukan bermakna kedua-dua pihak mesti ada di tempat yang sama, tetapi bersatu masa yang mana kedua-dua pihak berurusan.“

Dalam hal ini samalah kita berurusan dengan pelaburan internet, apabila kita key in atau mendaftar lalu kita print out menunjukan kita sudah beraqad atau bersetuju, yang mana dinyatakan di situ jumlah RM (USD), masa, nama, tarikh lahir, dan sebagainya. Perkara ini sama apabila kita bercakap melalui telefon tanpa melihat si penjual dan si pembeli atau pelabur. Oleh itu para ulama menyatakan boleh di sebut aqad dengan 3 perkara iaitu percakapan, penulisan, persetujuan. Oleh yang demikian, pelaburan internet terdapat 2 perkara iaitu aqad persetujuan dan penulisan sebagai mana yang tertera di skrin komputer. Oleh yang demkian mereka yang menyatakan pelaburan di dalam internet tiada aqad adalah batil dan salah.


Apakah imbuhan yang di berikan di dalam pelaburan itu riba dan munasabah?

Jawapan: Ada juga yang mempersoalkan tentang imbuhan dan pulangan yang di berikan tidak munasabah dan ada juga yang mengatakan riba. Ini sebenarnya satu tuduhan yang keterlaluan tanpa usul periksa. Saya melihat pulangan yang di berikan adalah munasabah. Contohnya apabila kita melabur USD 1,000 (RM 3,800), kita akan mendapat modal sahaja selepas sebulan. Bukannya kita melabur USD 1,000 (RM 3,800) pada keesokanya harinya kita mendapat untung itu barulah namanya judi atau riba, keuntungan tidak di perolehi pada satu masa. Padahal untuk mendapat keuntungan selepas sebulan, kecuali apabila ia bekerja keras mencari downline, mencari ahli dan sebagainya. Sebagaimana yang telah di jelaskan keuntungan di berikan setelah wujud persetujuan, bukan keuntungan di sebabkan penangguhan.



Bagaimana pandangan ustaz berkenaan pelaburan yang di katakan riba?

Jawapannya: Sebenarnya pelaburan tiada unsur riba kerana Riba hanya terdapat pada qirad atau pinjaman, Menurut pandangan ulama Riba ada 3 jenis:

Pertama: Riba Al-Fadhal iaitu jual beli yang berlaku tambahan atau lebihan pada salah satu daripada barang tukaran, ertinya tambahan berlaku semata-mata kerana kelewatan. Riba ini tidak berlaku kecuali pada dua barang tukaran yang sama jenis , contoh pertukaran satu gantang gandum dengan satu setengah gandum lain.

Kedua: Riba Al-Yadd: iaitu jual beli yang di lewatkan serahanya semasa menukar barang dan tidak menyebut tempoh seperti penyerahan lain jenis, gandum dengan barli.

Ketiga: Riba al-Nasi’ah: Jual beli tangguh iaitu jual beli tangguh kepada satu tempoh dan di tambah apabila tempoh itu sudah cukup di samping harga tidak di bayar bagi tempoh yang telah selesai itu , maksudnya : tambahan yang di buat kepada barang tukaran , tanpa di sebabkan apa-apa tukaran tetapi kerana kelewatan membayar. Oleh yang demikian di manakah letaknya unsur riba di dalam pelaburan? Sedangkan ia bukan pinjaman, bukan penangguhan kerana hadis nabi menyebut Ertinya: “Tidak ada riba kecuali pada al-Nasiah “, maksudnya yang dikatakan riba itu adalah kelewatan membayar hutang kerana ada tambahan, umpama meminjam RM50.00 sekarang , tetapi jika di tangguh kepada bulan depan menjadi RM60.00

Apakah nasihat ustaz terhadap pelabur?
Jawapanya: Nasihat saya kepada pelabur banyakkan sedeqah dan mengeluarkan hibah, kerana harta yang halal tidak semestinya bersih, harta yang bersih apabila kita mengeluarkan hibah setiap kali memperolehi pendapatan. Kita kadang kala memperolehi sumber pendapatan tetapi belum tentu bersih, hukum pembersihan harta ini ada yang wajib dan ada yang sunat, yang wajib di sebut zakat setahun sekali, tetapi konsep pembersihan harta yang ingin saya tekankan ialah setiap kali kita memperolehi pendapatan , sebagai contoh jikalau kita memperolehi RM 1,000, jangan kita berbelanja sebelum kita mengeluarkan hibah RM 2.50 atau lebih.

Apa itu Infinity Downline !!


salam..perghhh berhabuk..maaf yer tuan rumah bizi..ahaks..macam xde alasan lain an..padahal malas nak update..ok..aku update ke..xupdate ke..bukan ade org kisah pon..hehehehe..opss..ade ke???cisss cisss..apakah???

woopppssss..suda..suda..cube baca tajuk diatas..haaa..da baca???kehkehkeh...ape sal aku ni..ciittt..maaf..maaf..aku kat sini nak cite skit pasal INFINITY DOWNLINE ni...sebenau-benau nye aku pon belom paham sangat mende ID tu..tapi dengan izin ALLAH..ati ni terbuke nak cube join..sooo aku dah join..nanti kalau da nampak hasil nye..baru aku stori kat korunk yer..hehehehehe..sooo chauuuu ler...byebye..

cube korunk baca sini pasal Infinity Downline..

Hangin 1 badan!!!!

Huhhhhhh....sakit ati..sakit jiwa...ishhhhh..aku xtau da nk buat ape..bile time berjanji bukan men lagik..lembut mengalahkan kapas...tp bile smpai mase yg dijanjikn..mule la nk buat citer lain..aku benci giler org mcm ni...arghhhhhh....tension giler...

Aku xtau kenapa org buat aku mcm ni..aku xtau da nk ngadu kt sape lg...aku da xtahan sgt ngan perangai kau..kalau kau bc ni..aku harap kau jgn la nak main2 kn aku...ni bukan kali pertama kau buat aku mcm ni..da bnyak kali da aku kena..kau ingat aku ni apa???kau ingt senang2 aku nak maafkan kau??

Kau jangan cabar aku..ingat tu!!!

Total Pageviews