TenTaNg Aku!!

My photo
aku adalah aku..aku bukan kau..kau bukan aku..sooo layaaaannnn..

Saya SAYANG Kawan Saya:-

.::BloG TaBikaku::.

TABIKA KEM TERENDAK
meyh la singgah
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Awal & Scha Bernikah 4 Mei 2012 !!


KUALA LUMPUR : Pasangan pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya akhirnya menamatkan spekulasi tarikh perkahwinan mereka apabila mengumumkan akan bernikah pada 4 Mei nanti.

Pada sidang media pengumuman itu diadakan di sini semalam, pasangan ini memilih Hotel Pullman, Putrajaya sebagai lokasi acara pernikahan manakala persandingan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei.

Awal berkata, perkenalan selama dua tahun enam bulan sejak digandingkan mengacara program realiti, Sehati Berdansa memberi keyakinan padanya melamar bakal isterinya itu.
Katanya, dia bertindak melamar Scha secara langsung ketika mengacara program hiburan Propaganza pada Ahad lalu.

Awal menghantar rombongan merisik pada 30 Mei tahun lalu yang juga hari ulang tahun Scha ke-28.

“Scha tak mahu bertunang dan saya melamarnya bukan mengikut budaya barat tetapi mahu bertanya padanya sama ada sudi berkahwin dengan saya.

“Kami juga bukan mahu berteka-teki mengenai tarikh kahwin tetapi memberi laluan pada rakan artis lain berkahwin sebelum mengadakan sidang media ini,” katanya. – Metro

notadikakiblog->wahhh..lg sebulan lebih je..senang betul nak kahwin..best betol..bum jom kawin...ahahahahhaa...

HOT VIDEO : ♥ Awal Ashaari LAMAR Scha Al Yahya ♥

perghhhhhh...SOOOOOO SWEETTTTTTTT !!!! bestttt sangat2...adeyhhh..bile time aku plak ni...hehehehehe..berangan jup...jom layan video kat youtube..awal lamar scha...sungguh comel !!


notadikakiblog->;kim bumbum bile nak buat camni kat saya????ahahahahahaha...

KEJAM : Mangsa disamun & dirogol bergilir-gilir

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi berusia 30-an.

Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya untuk pergi bertemu rakannya di Kepong.

“Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki dipercayai rakan subahatnya sebelum meneruskan perjalanan ke Kepong.

“Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa.

“Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar daripada kenderaan itu berhampiran kawasan berkenaan.

“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan bernasib baik apabila mendapat bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

“Wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan mengenai kejadian itu,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas percakapan mangsa dirakamkan, wanita terbabit dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa masih ditahan di wad kerana dilaporkan trauma akibat insiden menimpanya itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit masih dijalankan.

Sumber : Hmetro



notadikakiblog->lepas ni kena ati2 pilih kenderaan awam..baik naik bas..huhhh..manusia zaman sekarang makin KEJAM !

Awal Ashaari ♥ Scha Al Yahya Umum Tarikh Nikah


desas desus mengenai tarikh perkahwinan pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan terjawab apabila kedua-dua artis tersebut akan membuat pengumuman rasmi mengenai pernikahan mereka pada Selasa depan.

Majlis berkenaan akan diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini bermula pukul 3 petang yang akan dihadiri oleh kedua-dua pasangan tersebut.
Jemputan mengenai sidang media majlis itu telah dikirimkan kepada pihak media lewat petang Rabu.
Sementara itu pengurus kepada Awal iaitu Azlina Merican yang dihubungi mStar Online di sini memberitahu, pihak media boleh bertanya apa juga soalan kepada kedua-dua pasangan berkenaan berhubung teka-teki mengenai hubungan mereka selama ini.


“Insya-Allah, Awal dan Scha bersedia untuk berkongsi satu berita gembira buat peminat dan juga pihak media,” katanya yang masih mahu berahsia mengenai inti pati majlis itu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.

Bagaimanapun timbul pula desas desus mengatakan mereka akan mengakhiri zaman bujang masing-masing pada pertengahan tahun ini.

notadikakiblog->sweetnyerrrr..suke tengok dieorang ni..memang sesuaiii..jeles betul tengok...huhuhu..semoga kekal hingga akhir hayat..

KEJAM : Dendam terhadap nenek, DIRANG dibunuh !

 
JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.

Sumber : Kosmo Online

LAGI KISAH DIRANG : ibu DIRANG @NADHIRAH diugut


PASIR GUDANG – Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk “mencekup” seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.

Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

“Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor,” katanya.
Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskansuspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi. – Sinar Harian Online

SEDIH : AL-FATIHAH buat ARWAH DIRANG


JOHOR BAHARU – Hanya esakan dan tangisan kedengaran di rumah kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah atau Dirang sebaik sahaja polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini 8 Mac lalu adalah kanak-kanak itu.

Tiada kata yang mampu diucapkan oleh anggota keluarga mahupun jiran untuk menenangkan ibu Dirang, Roselyn Alan, 25 yang terkejut dan menangis tidak berhenti sejak menerima maklumat berhubung perkara itu.
Roselyn juga pengsan seketika selepas menangis lebih sejam sebaik dihubungi oleh pihak polis melalui telefon kira-kira 6.40 petang tadi bagi mengesahkan perkara itu setelah menerima hasil ujian DNA daripada Jabatan Kimia hari ini.

Tinjauan Bernama di rumah mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini mendapati, suasana hiba menyelubungi rumah mereka yang dipenuhi oleh kaum keluarga, jiran dan wakil media yang ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang kes itu.

Esakan dan tangisan Roselyn yang berada dalam sebuah daripada bilik di rumah itu jelas kedengaran di ruang tamu menyebabkan mereka yang berkunjung di rumah itu tidak dapat menahan daripada turut menitiskan air mata mengenangkan nasib yang menimpa mangsa.

Roselyn dan suaminya Lima Medeng, 25, juga enggan ditemu bual pemberita kerana terlalu sedih dan terkejut dengan perkembangan terbaru itu.

Sementara itu, nenek kanak-kanak itu, Milnah Jul, 56, berkata, ketika anaknya menerima panggilan daripada pihak polis untuk memaklumkan tentang perkara itu, beliau berada di bawah flat itu.

“Saya berada di bawah flat ketika Roselyn menelefon saya memaklumkan menerima panggilan daripada polis memberitahu mayat rentung yang ditemui sebelum ini adalah Dirang.

“Kami sekeluarga amat terkejut dan tidak menyangka sebab sebelum ini polis memaklumkan mayat itu adalah rangka orang dewasa,” katanya.

Milnah kemudian dilihat tidak dapat menahan air mata serta tidak dapat berkata-kata akibat terlalu sebak dan terus masuk ke bilik sambil menangis.

Seorang jiran keluarga itu, Noridah Juliri, 44 berkata penduduk di kawasan itu terkejut dan bersedih dengan kejadian itu.

“Sehingga petang tadi kami masih meneruskan usaha mencari mangsa yang saya anggap sebagai cucu saya sendiri.

“Saya sendiri terguris dan tak senang hati sejak mangsa hilang. Saya masuk kelapa sawit bantu cari…sebagai jiran saya rasa sakit, tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika ini,” katanya yang mendapat tahu tentang perkara itu lewat petang tadi dan terus datang ke rumah Roselyn yang telah dianggap sebagai keluarga.

Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.- BERNAMA

GEMPAR : Nurul Nadhirah Abdullah, Mati Dibakar Hingga Rentung !!


Hati siapa tak terdetik mendengar sekujur tubuh kecil dibunuh dan dibakar sehingga rentung . Hanya manusia bertopengkan syaitan tergamak melakukan perkara sedemikian. Adik Nurul Nadhirah Abdullah yang hilang selepas keluar membeli mee segera dan telur secara bersendirian di kedai berhampiran setelah disuruh ibunya disahkan mati ekoran penemuan mayat rentung di ladang kelapa sawit berhampiran .

Ada jugak status facebook yang disebarkan , menyatakan ibu kanak kanak malang tersebut sedang leka bermain facebook dan membiarkan anak yang cuma berusia 5 tahun keluar bersendirian tanpa pengawasan dan menyebabkan masyarakat prihatin berang dengan tindakan ibu tersebut.



berita : >

Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,” katanya lagi.

*sedih sangat bila mengenangkan anak sekecil Dirang teringin nak makan mee segera, tetapi disuruh ke kedai membeli sendiri . Dan dalam perjalanan, dibunuh kejam atas dasar dendam. Kenapa kanak kanak sekecil Dirang yang langsung tak berdosa dijadikan mangsa kekejaman manusia syaitan.

** Ada yang mengatakan bahawa Dirang sudah dibiarkan bermain diluar sejak berumur 3 tahun tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa. Jika benar dakwaan ini, seharusnya ibu bapa Dirang perlu diambil tindakan kerana cuai dalam penjagaan anak. Tak terbayang jika benda macam ini berlaku dalam keluarga sendiri.

***Jangan hanya pandai buat anak. Bila dah dapat tak pandai nak hargai anak yang ada. Anak adalah kurniaan Allah yang teristimewa. Jagalah ia sebaiknya.

notadikakiblog-->betol ke mak die main facebook???sanggup suh anak g kedai sendiri...pastu dah jadi mcm ni baru nak meraung bagai...ishhh ishhh...sabo je la..

HOT : Anak MAWI !!! COMEL ♥♥♥


KUALA LUMPUR – Meskipun pada awalnya kurang bersedia untuk mendedahkan bayi sulung, Mawi akhirnya bersetuju untuk berkongsi gambar anak pertamanya itu bersama peminat melalui laman sosial Facebook milik Astro.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani turut mengumumkan telah memilih nama Cahaya Malaika untuk puterinya itu, hasil perkahwinannya bersama Nora’Asikin Rahmat atau lebih dikenali sebagai Ekin.

Bekas juara Akademi Fantasia musim ke-03 itu memaparkan gambarnya mendukung Cahaya Malaika yang kelihatan begitu comel berpakaian sedondon berwarna merah.

“Abi dan Cahaya Malaika,” kata pihak pengendali laman Facebook Astro di gambar yang tersiar semalam itu.
Sehingga kini, lebih 4,300 peminat sudah menekan butang ‘likes’, lebih 500 peminat berkongsi gambar tersebut di laman masing-masing dan sudah lebih dari 750 orang sudah memberikan komen mereka pada gambar tersebut.

Rata-ratanya para peminat tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Mawi dan Ekin serta ada pula yang mengatakan wajah Cahaya Malaika yang lebih mirip kepada ibunya.

“Mmg comey gler!!muka ikin sbijik..cute la..tgk cahaya malaika ni trus lg xsbr nk shopping brg bb GURL..,” kata salah seorang peminat, Kartini Ramli.

Biar mirip siapa pun, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Mawi dan Ekin atas kurniaan Allah SWT yang tidak terhingga itu serta diharapkan agar menjaga amanah tersebut sebaik-baiknya.

Semoga rumahtangga Mawi dan Ekin lebih utuh dengan kehadiran Cahaya Malaika dengan kerahmatan dan kebahagiaan dariNya.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN


♥ Santai bersama LISA SURIHANI ♥

wohoooo..jom santai-santai petang bersama bakal pengantin kita nieyh....mesti tengah bahagia and sibok wat itu ini..esok bakal menjelma..jantung pon mesti rase nak terkuar..wahhhh syiokkk...jom layan pic..

 mandi bunga..sejukkkk...hehehehe..
 sesi berinai..
khatam Al-quran

notadikakiblo->huuuu..aku ni biler la..umor da &*^%...adeyhhhh...hehehehe..layankan je la..

Selamanya HARIMAU malaya !!!

MALAM INI: Malaysia U23 VS Jepun U23, perlawanan kelayakan Olimpik. 
 aku bukan suker sangat bola sepak..tapi sebab harimau malaya yang main..aku kena sokong ler..so layan..

Bakal Pengantin 2012 !!! Yusry ♥ Lisa


KUALA LUMPUR: Berbaki tiga hari lagi bergelar dara, pelakon Lisa Surihani masih mengamalkan pantang larang ‘darah manis’ apabila tidak bertemu bakal suaminya, Yusri KRU sejak selesai penggambaran filem gandingan bersama, Ular, 10 Februari lalu.

Lisa, 25, bakal diijabkabulkan dengan Yusry, 38, Khamis ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, selepas setahun berkenalan.

Majlis resepsi pula akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari ini.


“Kali terakhir saya menemui Yusry dua minggu lalu, itu pun atas urusan kerja. Pertemuan itu bukan sekadar suka-suka nak ‘dating’, malah kami juga tidak keluar berdua-duaan.

“Namun apabila menyentuh bab urusan perkahwinan, kami berdua lebih senang berhubung menerusi telefon. Syukur, Yusry sangat memahami keadaan itu.


“Mengenai persiapan majlis pernikahan dan resepsi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini. Cuma ada beberapa perkara yang perlu disempurnakan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.




Dengan nada ceria, Lisa berkata, dia baru selesai mengikuti upacara mandi bunga dan berinai bersama sepupu rapat serta teman baiknya.

“Esok (hari ini), saya akan ke rumah nenek di Petaling Jaya bagi majlis khatam al-Quran yang dijangka bermula selepas solat Maghrib.


“Semua barang hantaran saya yang pilih sendiri, begitu juga di pihak Yusry. Namun minta maaf, saya tidak boleh beritahu apa yang dibeli kerana ia kejutan khas buat Yusry,” katanya yang memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Mengulas warna tema bagi majlis pernikahan, Lisa berkata, Yusry pernah meminta pandangannya dan dia mengakui lebih selesa jika persalinan berwarna bersih iaitu putih, sekali gus melambangkan kesucian.


KAD KAHWIN 
lISa ♥ YuSry



notadikakiblog->perghhh lagik 3 ari je lagik..xsabar nak tengok majlis dorunk..mesti grand..semoga lisa dan yusry bahagia hingga akhir hayat...

Skype Pengubat Rindu Zizan – Juliana Evans

KUALA LUMPUR : Cinta antara penghibur tempatan popular Zizan Razak dan Juliana Evans bukanlah satu rahsia atau gosip semata-mata.

Mereka yang mula menjalinkan hubungan sejak setahun lalu, kini terpaksa berpisah berpuluh ribu batu kerana Juliana Evans kini berada di Michigan, Amerika Syarikat (AS) bagi melanjutkan pelajaran di sana.

Kesempatan bertemu Zizan ketika pelancaran filem Cinta Kura-Kura di mana dia meminjamkan suaranya bagi watak kura-kura jantan yang bernama Nico baru-baru ini, telah memberi peluang kepada portal murai.com.my untuk bertanyakan pelawak berkenaan berkenaan perasaan seorang kekasih yang ditinggalkan pasangannya.

“Eh! Saya ok saja. Tetapi rindu itu memang ada. Mana boleh tak rindu. Bukankah kami sudah lama tidak berjumpa.

“Tapi kerana saya tahu dia ke sana atas urusan belajar dan mengejar cita-cita dia, saya selaku teman sentiasa memberi sokongan kepadanya.

“Kami ada berhubung antara satu sama lain. Adakalanya di Skype atau pun telefon. Kalau ada masa terluang memang saya akan cuba menghubunginya.

“Masalah utama adalah masa kerana kalau kita siang di sini, dia malam di sana.

“Jadi kadang-kadang sempat bertanyakan khabar sekejap sahaja,” ujar Zizan tentang hubungan mereka yang terpisah oleh masa namun masih mencuri kesempatan untuk berhubung.

Dua tahun pemergian Juliana ke AS bukanlah satu tempoh masa yang singkat.

Namun bagi Zizan, jika persahabatan mereka itu ikhlas, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Malah terbit pula persoalan, tidakkan mereka mahu mengikatkan tali pertunangan supaya hubungan yang terjalin akan berada dalam keadaan selamat.

“Macam mana nak ikat, orangnya pun tak ada di sini. Cukuplah sekarang ini kami bersahabat saja.

“Saya tahu dia macam mana dan dia tahu saya bagaimana,” ujarnya yang enggan mengulas lanjut tentang soalan mengenai hubungan istimewanya dengan Juliana Evans. – Murai

Subhanallah : Bayi lelaki berkepala 2 !!


BRAZILLIA: Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala dua.

Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.

Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.

Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.
Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.

Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.

“Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. “Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.

“Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. “Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat,” kata de Vasconcelos.

Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.
“Bayi itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah,” katanya.
Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hosptal pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini. Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil tahun ini.

Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. – Agensi

Keistimewaan Seorang Wanita


Wanita itu telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada pada seseorang lelaki di muka bumi ini.

Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza.

Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh badan di mana kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan melahirkan bayi melalui organ peranakan itu.

Dengan rahim itulah, seseorang wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.
Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.

Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.

Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.

Bagi wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak menanggung dosa-dosa yang suami lakukan.

Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan terkejut apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah yang dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim untuk menuju masuk ke syurga.

Manakala, suami pula tidak akan pernah terlepas dari tugas-tugas berat untuk mendidik isteri dan anak-anak dari melakukan sebarang dosa kerana di akhirat kelak, suamilah yang akan bertanggung jawab di atas segala kejahatan yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak.

Oleh itu, setiap wanita haruslah menjaga kehormatan diri dan sentiasa taat kepada suami agar sama-sama tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam syariat Islam.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk ‘diluruskan’ oleh lelaki. Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang yang lurus. Luruskan wanita itu dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT kerana sememangnya mereka diciptakan sebegitu rupa.

Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara. Lelaki pula, janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kapadaNya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Kepala b*&% ditemui di Masjid Nurul Iman, Rawang !!!


Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.
Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.
Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

“Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah,” katanya.
Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.



Tindakan provokatif

Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

“Kami belum buat tangkapan dan tak ada suspek lagi,” katanya.

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.

Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.

Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka.

Malaysiakini

notadikakiblog->subahanallah..ape la nak jadik ngan manusia zaman sekarang..kalau yer pon marah pasal politik..xperlu sampai macam tu sekali..adeyhhh..

Total Pageviews